Bertahun-tahun pihak Cuepacs dan JPA membuat perbincangan mengenai penyelarasan gaji kakitangan awam, akhirnya melalui pembentangan bajet 2012 oleh YAB PM maka lahirlah satu sistem baru iaitu SBPA bagi menggantikan SSM. Selepas penggumuman tersebut kakitangan awam tertunggu-tunggu dengan pelaksanaan sistem tersebut.
Akhirnya JPA melalui road shownya telah memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada semua kakitangan awam samada menerima atau sebaliknya opysen tersebut walaupun kebanyakan kakitangan awam tidak memahami sistem baru tersebut. Secara logiknya sebagai sebuah kerajaan yang perihatin kepada rakyat, kerajaan melihat perubahan ini tentulah lebih baik dari yang sebelumnya.
Pada kita, oleh kerana ini sistem baru ini merupakan satu pilihan dan bukan mandatori, maka adalah wajar kakitangan awam diberi ruang dan hak untuk meneliti dan memahaminya sebelum membuat pilihan terima atau tidak.
Sehubungan dengan itu Cuepacs pula mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem SBPA dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri.
Presiden Cuepacs pula meminta meminta anggota-anggotanya tidak menandatangani surat tawaran JPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya SBPA”
Pada kita niat Cuepacs itu baik, rata-ratanya kakitangan awam tidak meolak pelaksanaan SBPA tetapi mereka tidak mendapat maklumat yang cukup atau kurang penjelasan khususnya mengenai perubahan gaji.
Bila JPA menetapkan tarikh akhir penerimaan opysen ini pada 31 Disember 2011, menunjukkan seolah-olah hak kakitangan awam untuk memahami dan meneliti system ini telah dinafikan. Kita setuju dengan pandangan Presiden Cuapecs yang mengatakan “Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas ” kata Omar.
Harapan kita dan sebagai sebuah kerajaan kebajikan, agar JPA memberi ruang yang panjang kepada kakitangan awam untuk membuat pilihan.
No comments:
Post a Comment