Thursday, 21 February 2013

Pencerobohan orang asing

Selepas berita mengenai pencerobohan orang asing yang bersenjata di kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17 tersebar, suasana di bandar Lahad Datu bertukar menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti pihak berkuasa.Aktiviti penduduk juga berjalan seperti biasa walaupun sesetengah penduduk cuba menghadkan aktiviti harian. Banyak juga komen-komen dari rakan-rakan FB yang mengesa pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap penceroboh-penceroboh tersebut Pada saya kesalahan tetap kesalahan namun kita tidak boleh tergopoh-gapah dan perlu sabar serta bijak mengatur strategi untuk mengusir pencroboh tersebut, biarkan tugas ini kepada berkuasa untuk menyelesaikannya.Insya Allah dengan kekuatan yang ada pencoroboh tersebut dapat diusir arau hantar pulang.

No comments:

Post a Comment