Wednesday, 5 October 2011
Bajet 2012- apa aku dapat
Kita berharap Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Jumaat ini, memberi tumpuan kepada semua lapisan masyarakat, terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Pakatan Rakyat (PR)juga tidak ketinggalan untuk pembentangan bajet 2012.Kedua-dua bajet ini pada zahirnya mengutamakan kepentingan rakyat. Dan salah satu persoalan yang ditimbulkan oleh kedua-dua pihak adalah mengenai gaji minimum kakitangan awam. Sembang kedai kopi bercerita; jika kenaikan gaji, bonus dan umur persaraan diluluskan, maka ianya dapat melegakan kakitangan awam manakala petani atau golongan yang hanya hanya bergantung penuh kepada sawah padi, getah, kelapa sawit dan sebagainya pula amat mengharapkan agar infrastruktur di kampung-kampung dapat di upgradekan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment